KUALA NERUS – Ternyata usia bukan penghalang bagi Christine Longuet atau Rohani Abdullah apabila berjaya menamatkan pengajian pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Anak kelahiran Paris, Perancis berusia 81 tahun itu berkata beliau menghabiskan masa 10 tahun untuk menyiapkan tesis bertajuk Tempat, Tumbuhan dan Masyarakat di Terengganu: Penilaian Berdasarkan Dua Era.

