Rohingya pertama maut akibat COVID-19 di Bangladesh

DHAKA, 2 JUN – Seorang warga emas Rohingya meninggal dunia pada Ahad di kem pelarian di Bangladesh, kem terbesar di dunia, kata seorang pegawai hari ini.

Seorang pegawai di pejabat pelarian di Cox’s Bazar Mohammad Shamsu Douza mengesahkan perkara itu kepada agensi berita Anadolu.

Lelaki itu sedang menjalani rawatan COVID-19 di pusat pengasingan.

Sampel mangsa dihantar ke Dhaka dan hasil ujian mengesahkan lelaki itu dijangkiti COVID-19. Buat masa ini terdapat 29 pela-rian Rohingya di kem pelarian di Cox’s Bazar disahkan positif virus itu dan dirawat di pusat pengasingan, katanya. – Bernama