MADRID, 2 Mei – Selepas dua kali tewas pada pentas final Liga Juara-Juara 2014 dan 2016 kepada pasukan sama, kali ini Atletico Madrid berharap tuah lebih memihak kepada mereka untuk memburu gelaran pertama di pentas tertinggi Eropah menentang Galaticos.
Kedua-dua kelab setempat itu akan membuat perhitungan di saingan separuh akhir pertama awal pagi esok di Stadium Santiago Bernabeu dengan rekod kini lebih memihak kepada Real.
Kali ini, mereka bertembung buat kali keempat dalam Liga Juara Juara dan pada 2015, Real menewaskan Atletico pada suku akhir.
“Kami berharap keputusannya akan berbeza kali ini,” kata ketua pasukan Atletico, Gabi Fernandez.
“Pengalaman kami kian bertambah dan kami sudah ada peningkatan,” katanya yang memasang impian memimpin pasukannya ke pentas akhir buat kali ketiga dalam empat musim.
Real yang juga juara 11 kali memburu status selaku pasukan pertama mempertahankan kejuaraan itu sejak format pertandingan ini diubah pada 1992. – AFP