Saturday, December 21, 2024
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ROK-ASEAN bincang kerjasama pertahanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, hari ini, telah menghadiri Mesyuarat Timbalan Menteri Pertahanan Republik Korea (ROK) – ASEAN dan Dialog Pertahanan Seoul (SDD) ke-10 secara dalam talian.

    Dirasmikan di samping SDD pada 2017, mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Negara ROK, Tuan Yang Terutama Park Jae-Min.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan di sini, pada tahun ini, mesyuarat tersebut telah membincangkan cara-cara memperkembangkan kerjasama pertahanan antara ROK dan negara-negara anggota ASEAN bagi menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan serantau.

    Sementara itu, SDD dianjurkan setiap tahun oleh Kementerian Pertahanan Negara ROK sejak 2012. SDD tahun ini membawa tema Borderless Security Crises and Multilateral Responsess yang meliputi perbincangan mengenai proses keamanan Semenanjung Korea, krisis kesihatan awam global, perubahan iklim dan keselamatan siber.

    Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar ketika menghadiri mesyuarat secara dalam talian berkenaan. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda