Tuesday, April 8, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Roket Ariane 6 berjaya laksana misi komersial pertama

    KOUROU, 7 MAC – Roket baharu Eropah, Ariane 6, berjaya melaksanakan misi komersial pertamanya kelmarin, dengan menempatkan satelit tentera Perancis ke orbit sekali gus memberikan benua itu akses bebas ke angkasa lepas.

    Selepas beberapa kelewatan, termasuk penundaan pada saat-saat akhir pada Isnin, roket itu dilancarkan dalam hujan dari pangkalan angkasa Kourou di Guiana Perancis. Kira-kira satu jam selepas pelancaran, pusat kawalan meraikan kejayaan tersebut dengan tepukan gemuruh apabila roket berjaya melepaskan satelit ke orbit.

    “Kami tidak dapat membayangkan senario yang lebih baik, itu adalah pelancaran yang sempurna,” kata David Cavailloles, Ketua Arianespace, pengendali pelancar roket tersebut.

    “Satu era baharu kini bermula untuk program angkasa lepas Eropah Perancis.”

    Pelancaran itu dilakukan ketika Eropah berusaha mengukuhkan pertahanannya di tengah-tengah keraguan mengenai kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden AS baharu, Donald Trump.

    Pelancaran itu menandakan bahawa Eropah kini mampu melancarkan satelit besar ke orbit secara bebas buat pertama kalinya sejak Rusia melancar roket berat Soyuz selepas menyerang Ukraine pada 2022.

    Roket Ariane 6 pada awalnya dijadualkan untuk memulakan perkhidmatannya pada tahun 2020, namun beberapa kelewatan menyebabkan roket tersebut tidak dilancarkan buat pertama kali sehingga Julai tahun lalu. – AFP

    Roket Agensi Angkasa Eropah (ESA) Ariane 6 berlepas dari Pusat Angkasa Guiana di Kourou, Guiana Perancis, membawa satelit CSO-3 pada 6 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda