NEW DELHI, 12 OGOS – Sebuah roket India gagal dalam percubaannya hari ini untuk meletakkan satelit di orbit bagi memberi imej waktu sebenar yang digunakan untuk memantau taufan dan bencana alam lain.
Kegagalan teknikal berlaku pada peringkat ketiga dan terakhir sistem pencucuhan sejurus selepas roket dilancarkan dari pusat angkasa di Sriharikota di selatan India, kata agensi angkasa lepas negara itu.
Satelit itu akan ditetapkan menjadi geopegun, bermaksud ia akan mengorbit mengikut bumi dan kekal pada kedudukannya. Ia akan memberikan imej awan dan ribut petir dan memperoleh data bagi tujuan pertanian, perhutanan dan marin.
Agensi angkasa lepas tidak mendedahkan apa akan berlaku pada roket dan satelit itu selepas kegagalan sistem pencucuhan.
“Disebabkan peringkat ketiga tidak berfungsi, ia tidak dapat mencapai halaju yang akan mengekalkannya dalam orbit. Ia akan balik semula ke bumi tidak lama lagi.
Pengesan akan memaklumkannya kemudian,” kata Pallava Bagla, pakar luar. Ini adalah kegagalan keempat daripada 14 roket dilancarkan oleh platform geopegun sejak 2001, kata akhbar Economic Times. – AP
