Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Roket bulan bakal dilancar

    PUSAT ANGKASA KENNEDY, 2 SEPT – Bintang-bintang kelihatan sejajar dan ramalan cuaca yang baik sesuai untuk roket Bulan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dilancarkan esok, selain isu teknikal berjaya diselesaikan.

    Pelancaran dijadualkan pada jam 2:17 petang (waktu tempatan) dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, Amerika Syarikat (AS) dengan potensi kelewatan sehingga dua jam jika perlu.

    Penganalisis ramalan, Melody Lovin berkata ramalan keadaan cuaca amat baik iaitu berada pada 60 peratus.

    “Cuaca kelihatan baik dan tidak akan menjadi penghalang kepada pelancaran ini,” katanya.

    Sebelum ini NASA berusaha membaiki masalah teknikal yang membawa kepada kelewatan pelancaran roket itu.

    Roket bulan Artemis I terletak di landas pelancaran di Pusat Angkasa Kennedy pada 1 September 2022. – AFP

    “Kami dapat mencari apa yang kami percaya merupakan punca kebocoran dan telah membetulkannya,” kata pengarah pelancaran Charlie, Blackwell-Thompson.

    Misi Artemis 1 adalah penerbangan ujian tanpa kru yang akan menjadi pelancaran pertama untuk roket Sistem Pelancaran Angkasa (SLS), yang paling berkuasa di dunia dan yang telah dibangunkan selama lebih sedekad.

    “Tiada jaminan bahawa kami akan turun pada hari Sabtu, tetapi kami akan mencuba,” kata pengurus misi Artemis, Mike Sarafin.

    Jika misi diteruskan esok, kapsul Orion yang dipasang di atas roket akan menghabiskan 37 hari di angkasa, mengorbit Bulan dari kira-kira 100 kilometer jauhnya.

    Orion kemudiannya akan membawa kembali angkasawan masa depan ke Bulan termasuk wanita pertama dan orang pertama yang berjalan di permukaannya, paling awal pada 2025. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda