Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Roket Katyusha serang pangkalan tentera di Iraq

    BAGHDAD, 5 JAN – Sebuah roket Katyusha telah menyerang pangkalan tentera Iraq yang menempatkan tentera AS di lapangan terbang antarabangsa Baghdad hari ini, menurut satu kenyataan tentera Iraq.

    Tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan daripada serangan tersebut, yang ketiga dalam beberapa hari sejak ulang tahun serangan udara AS pada Isnin lalu yang membunuh jeneral tertinggi Iran, Qassim Soleimani di Baghdad dua tahun lalu.

    Menurut kenyataan tentera Iraq, pelancar roket dengan satu roket dikesan di daerah kediaman di barat Baghdad. Kawasan itu telah digunakan pada masa lalu oleh militia yang disokong Iran untuk menembak roket di lapangan terbang.

    Pada Isnin lalu, dua dron bersenjata ditembak jatuh ketika ia menuju ke sebuah kemudahan yang menempatkan penasihat AS di lapangan terbang Baghdad. Dua dron sarat bahan letupan menyasarkan pangkalan tentera Iraq yang menempatkan tentera AS di wilayah Anbar barat musnah kelmarin.

    Serangan dron AS 2020 di lapangan terbang Baghdad membunuh Jeneral Qassim Soleimani, yang merupakan ketua pasukan elit Iran, Quds dan Abu Mahdi al-Muhandis, timbalan komander militia yang disokong Iran di Iraq yang dikenali sebagai Pasukan Mobilisasi Popular.

    Puak Syiah pro-Iran di Iraq telah berikrar membalas dendam atas pembunuhan itu dan telah menetapkan penamatan serangan terhadap kehadiran AS di Iraq apabila tentera AS keluar sepenuhnya dari negara tersebut.

    Persekutuan yang diketuai AS secara rasmi menamatkan misi tempurnya menyokong tentera Iraq dalam perjuangan berterusan menentang kumpulan Islamic State (IS) bulan lalu. Kira-kira 2,500 tentera akan kekal apabila persekutuan itu beralih kepada misi penasihat untuk terus menyokong tentera Iraq. – AP

    Sebahagian daripada serpihan dron dikumpulkan di atas tanah berhampiran pangkalan udara Ain al-Asad, di wilayah Anbar barat Iraq. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...