BEIJING, 24 JULAI – Enjin utama bagi roket pendaratan bulan bermanusia China, Long March-10, berjaya menyelesaikan satu lagi ujian pencucuhan baru-baru ini, menurut Syarikat Sains dan Teknologi Aeroangkasa China (CASC).
Ia sekali gus mengesahkan keperluan enjin bagi misi penerbangan roket, serta memberikan sokongan kuat kepada kestabilan status teknikal enjin, penubuhan garis dasar teknologi produk dan peningkatan kebolehpercayaan.
Bahan api bagi enjin untuk ujian kali ini menggunakan kerosin oksigen cecair yang termaju, iaitu versi ditambah baik daripada enjin kerosin oksigen cecair tujahan tinggi yang digunakan oleh kenderaan pelancar generasi baharu seperti Long March-5, dengan tujahan sehingga 130 tan.
Enjin yang sama juga akan digunakan roket Long March-10 dalam misi pendaratan Bulan bermanusia China. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/07/1A-Xinhua-1024x683.jpg)