Thursday, February 9, 2023
23.4 C
Brunei

-

Roket Long March-7A berjaya dilancarkan

BEIJING, 9 JAN – Roket pembawa Long March-7A berjaya dilancarkan di Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang, selatan China tepat pukul 6 pagi tadi, sekali gus menghantar satelit Shijian-23 ke orbit yang ditetapkan.

Misi pelancaran satelit yang pertama pada 2023 ini adalah bagi kegunaan eksperimen saintifik dan pengesahan teknikal.

Untuk rekod, Long March-7A merupakan roket pembawa bersaiz sederhana generasi baharu di China.

Berdasarkan teknik siri roket pembawa Long March-7 dan siri roket pembawa Long March-3A, kapasiti pemindahan orbit Long March-7A boleh mencapai 7 tan sekali gus mengisi jurang keupayaan kapasiti pelancar China daripada 5.5 tan kepada 7 tan di orbit tinggi.

Pada masa ini, Long March -7A boleh disesuaikan dengan dua jenis reraut (fairing) dengan diameter 4.2 meter dan 3.7 meter, selain berkeupayaan melancarkan satu atau dua satelit dalam satu misi. Bagi misi kali ini, roket Long March-7A menggunakan reraut dengan diameter 4.2 meter dan ketinggian keseluruhan roket ialah 60.1 meter.

Sejajar dengan permintaan China untuk pelancaran satelit orbit tinggi yang terus berkembang, kapasiti pengeluaran roket Long March-7A juga akan terus ditingkatkan.

Kini, China dapat menghasilkan empat hingga enam roket Long March-7A setahun dan dijangka mampu mencapai lapan hingga 10 setahun menjelang 2025.- Bernama

Roket Long March-7A – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kim Jong Un bawa anak perempuan lawat markas tentera

SEOUL, KOREA SELATAN, 8 FEB - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un membawa anak perempuannya melawat kem tentera bagi menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan...
- Advertisment -