Saturday, July 26, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Roket Rusia lancar satelit Iran ke angkasa

    TEHRAN, 25 JULAI – Roket Rusia berjaya melancarkan satelit komunikasi Iran ke angkasa, pencapaian terkini bagi program aeroangkasa yang sudah lama menimbulkan kebimbangan kerajaan Barat, lapor media kerajaan Iran hari ini.

    “Satelit komunikasi Nahid-2 telah dilancarkan dari Kosmodrom Vostochny Rusia menggunakan roket Soyuz,” menurut televisyen kerajaan Iran.

    Satelit yang mempunyai berat 110 kilogram itu direka dan dihasilkan oleh jurutera Iran, tambah stesen penyiaran tersebut.

    Kerajaan Barat telah lama bimbang kemajuan teknologi yang dicapai dalam program angkasa Iran juga boleh digunakan untuk menaik taraf kumpulan senjata misil balistiknya.

    Pelancaran itu diumumkan tidak lama sebelum rundingan nuklear antara Iran dengan Britain, Perancis dan Jerman bermula di Istanbul.

    Pada Disember lalu, Iran mengumumkan telah melancarkan muatan paling berat sehingga kini ke angkasa menggunakan pembawa satelit buatan tempatan.

    Pada September, Iran berkata ia telah meletakkan satelit penyelidikan Chamran-1 ke orbit menggunakan roket Ghaem-100, yang dihasilkan oleh bahagian aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran. – AFP

    Roket Soyuz dilancarkan dari Kosmodrom Vostochny di timur jauh Rusia dengan muatan termasuk satelit telekomunikasi Iran. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda