MELAKA, 17 OKT – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas rokok, arak dan beras import yang cuba diseludup masuk ke dalam negara bernilai RM10,303,377.5 sejak April hingga 2 Okt lepas, kata Timbalan Ketua Pengarahnya Datuk Sazali Mohamad. Beliau berkata rampasan berkenaan dilakukan menerusi beberapa pemeriksaan di kawasan Semenanjung terutama di Pelabuhan Klang dan ronda risik

