Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rokok: Dua didenda sebanyak $48,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Dua lelaki Indonesia diarah menyelesaikan denda selepas mereka mengaku bersalah memiliki rokok seludup atau berdepan hukuman penjara jika gagal membayar.

    Tedi Taufiq, 32, perlu menjelaskan denda $15,000 atau berisiko dipenjara 15 bulan kerana memiliki satu karton, 30 paket dan 17 batang rokok, manakala Muhammad Rofiq, 39, didenda $33,000 atau menjalani hukuman penjara 19 bulan jika gagal membayar kerana memiliki 36 karton dan 29 paket rokok berserta wang tunai $728 yang dipercayai hasil jualan rokok seludup itu.

    Pendakwa kastam mendedahkan di mahkamah, kedua-duanya ditangkap oleh pegawai pencegahan kastam dan didapati menyorokkan barang rampasan itu di sebuah restoran dan kuarters pekerja di Kiarong semasa serbuan pada 1 Ogos lalu jam 9 pagi.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda