Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rokok: Lelaki Indonesia melayang $8,300

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Mahkamah Majistret, kelmarin, telah memerintahkan seorang lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun membayar denda sebanyak $8,300 selepas dia mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

    Riyono Meseni terpaksa menjalani hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mendengarkan daripada pihak pendakwaan kastam bahawa defendan ditahan apabila ditemui bersama 11 karton dan 15 batang rokok seludup.

    Pegawai kastam mendapati rokok seludup pelbagai jenama di kuarters kerja defendan di Kampung Badas, Seria pada 12:42 pagi, 21 Februari lalu.

    Mahkamah juga mengarahkan agar kesemua rokok yang dirampas tersebut untuk dimusnahkan.

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda