Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Rokok: Lelaki tempatan didenda $89,000

    Oleh Fadley Faisal –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun didenda $89,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana memiliki rokok seludup.

    Jika gagal membayar denda tersebut, Muhammad Hisham Rizal bin Abdullah terpaksa menjalani hukuman penjara selama 29 bulan.

    Dia turut berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006.

    Majistret Nur Eleana binti Dato Paduka Haji Hairol Arni mendengar daripada pihak pendakwa kastam bahawa kesalahan pertama, yang dilakukan pada 29 Februari 2022, melibatkan pemilikan 22 karton dan enam bungkus rokok pelbagai jenama di sebuah kediaman di Kampung Mulaut, Kilanas.

    Sementara itu, kesalahan kedua yang dilakukan pada 14 Julai 2022 melibatkan 65 karton dan sembilan bungkus rokok.

    Kedua-dua kesalahan tersebut ditemui semasa serbuan berasingan yang dilakukan oleh pegawai pencegah kastam.

    Mahkamah mengarahkan rokok yang dirampas itu dimusnahkan serta wang tunai diserahkan kepada kerajaan.

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Mahkamah umum tarikh sebutan semula kes mekanik bunuh kanak-kanak

    KUCHING, 21 NOV - Mahkamah Majistret hari ini menetapkan...

    Kes pecah rumah: Mahkamah kurangkan hukuman penjara

    Oleh Daniel Lim -  BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV -...

    Rakyat Malaysia didakwa di Singapura berkaitan sindiket penipuan Kemboja

    KUALA LUMPUR, 19 NOV - Seorang lelaki warga Malaysia...

    Empat dipenjara dalam kes ‘kelab kecergasan’

    STOCKHOLM, 18 NOV – Mahkamah di Stockholm hari ini...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...