Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rokok pelbagai jenama bernilai lebih RM8 juta dirampas

    KOTA KINABALU, 17 JULAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas rokok pelbagai jenama disyaki tidak berkastam bernilai lebih RM8 juta termasuk duti dan cukai di sebuah stor di Sandakan, Rabu lepas.

    Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata serbuan pada 4:55 petang itu dilakukan pasukan Bahagian Penguatkuasaan Kastam Kota Kinabalu selepas bertindak atas maklumat risikan.

    “Pemeriksaan dalam stor menemukan 5.26 juta batang rokok pelbagai jenama bernilai RM526,228 manakala duti serta cukai terlibat dianggar bernilai RM7.52 juta.

    “Tiga lelaki tempatan berusia 33 hingga 47 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Menara Kastam di sini hari ini.

    Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – Bernama

    Datuk Mohd Nasir Deraman (dua, kiri) ketika sidang media mengenai rampasan minuman keras pada 12 Jun lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda