Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rokok seludup bernilai hampir RM12 juta dirampas

    KUCHING, 20 OGOS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas rokok pelbagai jenama dianggar bernilai RM11.88 juta termasuk cukai dalam serbuan di sebuah gudang di Taman Perindustrian Demak, di sini 29 Julai lepas.

    Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya berkata dalam operasi itu pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 50an dipercayai pengurus gudang berkenaan. 

    “Hasil pemeriksaan di premis itu menemukan rokok pelbagai jenama dipercayai dibawa masuk dari Indonesia.

    “Nilai sitaan dianggar bernilai RM3.6 juta manakala jumlah duti dan cukai ialah RM8.28 juta, menjadikan jumlah keseluruhan sitaan RM11.88 juta,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Beliau berkata rokok dikategorikan sebagai barang larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 dengan pengimportannya memerlukan permit.

    Norizan berkata modus operandi sindiket berselindung di sebalik premis yang menyimpan barangan berlesen sebagai tempat penyimpanan dan pengangkutan barang larangan itu.

    Kes itu disiasat lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – Bernama

    Norizan Yahya (tengah) menunjukkan rokok yang dirampas pada sidang media hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda