Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rokok seludup: Dua didenda lebih $40,000

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Dua warga Bangladesh yang memiliki rokok seludup diperintahkan untuk menyelesaikan denda $26,400 dan $20,000 oleh Mahkamah Majistret kelmarin.

    Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan Abdul Qadir, 40, dan Azadul, 34, untuk menjalani hukuman penjara 13 bulan jika gagal membayar selepas mereka mengaku bersalah memiliki 33 dan 25 karton rokok pelbagai jenama.

    Pendakwa kastam memaklumkan mahkamah bahawa pegawai pencegah kastam memeriksa kuarters kerja defendan di Kampung Badas, Seria pada jam 3 petang 21 Februari yang membawa kepada penemuan rokok itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda