Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rokok: Warga Indonesia didenda $8,400

    Oleh Nour Maghfirah –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Majistret Fatin Fikiryah binti Haji Rosli kelmarin memerintahkan seorang lelaki warga Indonesia membayar denda $8,400 selepas dia mengaku bersalah memiliki 12 karton rokok yang tidak diisytiharkan.

    Sugianto, 36, perlu menjalani hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

    Defendan mengaku memiliki barang seludup itu di sebuah rumah sewa di Kampung Delima Satu sekitar 5:06 petang pada 8 Januari lalu dalam serbuan yang dijalankan oleh pegawai pencegahan kastam.

    Mahkamah mengarahkan barang seludup itu dimusnahkan.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda