Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Roland Garros rancang anjur kejohanan dengan kehadiran peminat

    PARIS, 28 MEI – Ketua Roland Garros menegaskan kelmarin bahawa Terbuka Perancis, yang ditunda sehingga bulan September akibat pandemik koronavirus, akan membenarkan peminat hadir walaupun mereka perlu mematuhi peraturan penjarakan sosial.

    Gelanggang tanah liat Grand Slam, yang kini memasuki minggu pertama berdasarkan jadual mereka, terpaksa ditunda selama empat bulan kerana wabak itu. Namun, tiket yang sudah dibeli untuk kejohanan dalam slot bulan Mei-Jun telah diganti semula dan bukannya dikembalikan, menyebabkan kebimbangan kejohanan, yang sekarang bermula pada 20 September, akan di-langsungkan tanpa kehadiran peminat.

    “Dalam musim bunga, kami akan melangsungkan Roland Garros dengan kapasiti penonton yang optimum untuk membenarkan peminat mematuhi penjarakan sosial,” menurut ketua pengarah Persekutuan Tenis Perancis (FFT), Jean-Francois Vilotte, memberitahu AFP. Sebuah kumpulan kerja telah ditubuhkan terdiri daripada kementerian sukan dan urusan luar negeri pegawai-pegawai Roland Garros dan badan-badan kesihatan.

    “Tujuan utama adalah akan ada penonton tetapi kita ada keupayaan untuk mengatur Roland Garros dengan apa jua pilihan yang ditentukan, termasuk menutup pintu masuk kepada peminat.”

    Bagi pemain-pemain, ‘hadiah utama adalah sangat penting’ ketika ekosistem tenis di Perancis yang mana Roland Garros menyumbang 80 peratus dari pendapatan. Jika peminat dibenarkan ketika kejohanan yang telah dijadualkan semula, tiket-tiket terpaksa dijual semula.

    “Kami perlu menentukan tarikh tutup (untuk jualan semula), tetapi kita tidak akan mengetahuinya,” tambah Vilotte.

    “Ia akan menjadi kejohanan yang luar biasa,” katanya, menambah bahawa pertubuhan sedang bekerja untuk mengadakan ‘kejohanan yang tertunda’ dan tidak akan ‘menurun taraf’ versinya. – AFP

    Ketua Roland Garros menegaskan bahawa Terbuka Perancis akan membenarkan peminat hadir meskipun mereka perlu mematuhi peraturan penjarakan sosial. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda