Saturday, May 3, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Roller-coaster terpanjang di dunia?

    MIAMI, 1 Dis 2013 – Sebuah syarikat merancang untuk membina sebuah roller-coaster yang paling tinggi di dunia di Florida, lapor portal berita News Channel 5.

    Syarikat Amerika Syarikat (AS) Thrill Rides LLC mahu membina roller-coaster itu dengan ketinggian 198.12 meter yang mempunyai dek pemandangan.

    Bagaimanapun, pihak syarikat tersebut tidak memberitahu lokasi sebenar di Florida yang akan menempatkan roller-coaster tersebut.

    Ia dijadualkan siap pada tahun 2016.

    Ketika ini, roller coaster tertinggi di dunia terdapat di New Jersey, AS dengan ketinggian 138.98 meter.

    Terdapat dua buah restoran dan kedai di menara roller-coaster baharu itu.

    Kos untuk membina roller-coaster itu dianggarkan  sebanyak AS$20 juta hingga AS$60 juta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda