Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rollercoaster tergelincir ragut 1 jiwa, tujuh cedera

    STOCKHOLM, 25 JUN – Sebuah rollercoaster tergelincir di taman tema Sweden hari ini, membunuh seorang dan mencederakan tujuh, kata polis dan taman itu di Stockholm.

    Sebuah gerabak rollercoaster Jetline yang membawa beberapa penumpang telah terputus dan jatuh dari aras tinggi, menurut wartawan untuk televisyen Sweden SVT di taman tema Grona Lund.

    Permainan itu, yang dilancarkan pada 1988, bergerak pada kelajuan sekitar 90kmsj.

    “Malangnya seorang meninggal dunia,” kata jurucakap Grona Lund, Cecilia Bjorling kepada AFP.

    Polis Stockholm mengesahkan tujuh orang cedera dan dibawa ke hospital.

    Gambar bertarikh 25 Jun menunjukkan polis berada di Taman Tema Grona Lund selepas kemalangan berlaku di taman tersebut. – AFP

    Kecederaan itu berpunca akibat terjatuh, kata jurucakap polis Stockholm, Helena Bostrom Thomas.

    “Kami menerima panggilan kecemasan sekitar 11:39 pagi, sebuah rollercoaster tergelincir dan beberapa orang cedera,” kata Hakan Eriksson dari perkhidmatan kecemasan ibu kota Sweden kepada AFP.

    Taman itu telah dikosongkan dan polis serta ambulans dihantar ke lokasi kejadian.

    “Saya tiba-tiba mendengar bunyi logam dan kemudian permainan itu mula bergegar,” wartawan Jenny Lagerstedt memberitahu SVT.

    “Suami saya, yang duduk di luar, melihat gerabak itu tertanggal dan jatuh.”

    Menteri Kebudayaan Parisa Liljestrand memberitahu agensi berita TT: “Saya baru-baru ini mengunjungi taman itu bersama keluarga saya dan saya tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya apabila hari yang paling indah tiba-tiba bertukar menjadi mimpi ngeri.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda