Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Bagi para peminat aiskrim, mereka kini boleh menikmati sajian pencuci mulut inspirasi Hungary yang ditawarkan oleh RollSeriez Brunei di kedainya di The Mall, Gadong.
Kedai yang baru dirasmikan hari ini itu turut menyajikan Chimney Cone Ice Cream, Pure Yogurt dan kopi pada masa yang sama.
Adalah diharapkan lebih ramai pelanggan akan mengenali dan menikmati kurtos, serta lebih banyak jenis dan menu yang akan diperkenalkan pada bulan-bulan akan mendatang.
