Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Rom kembali jadi destinasi akhir Giro

    MILAN, 18 OKT – Giro d’Italia 2023 bakal berakhir di ikonik Imperial Forum di Bandar Rom, lima tahun selepas keadaan jalan yang teruk menyebabkan pusingan akhir di ibu kota Itali itu dipendekkan.

    Jelajah basikal kedua terbesar itu berdepan situasi memalukan pada tahun 2018 apabila hanya tiga daripada 10 pusingan pada peringkat akhir di tengah-tengah Rom itu dikira kerana laluannya yang dianggap terlalu berbahaya.

    Pusingan akhir yang juga peringkat ke-21 pada tahun ini akan melalui tempat-tempat ternama di Rom, antaranya Colosseum, Circus Maximus dan Spanish Steps.

    Para peserta akan tiba di Rom selepas tiga minggu bersaing di sepanjang 3,448.6 kilometer dan mendaki sebanyak 51,300 meter.

    Laluan untuk perlumbaan ini didedahkan kelmarin di Milan.

    Perlumbaan Giro ini kebanyakannya akan dipertandingkan di jalanraya Itali selepas permulaan di Hungary pada tahun lepas. Para peserta akan mara ke Switzerland untuk tamat di Crans Montana pada peringkat ke-13, yang menyajikan puncak tertinggi di Col du Grand Saint-Bernand.

    Klasifikasi akan ditentukan pada penghujung peringkat ke-19, yang merangkumi lima kategori pen-dakian di mana pengayuh basikal melalui laluan sepanjang 182km dari Longarone ke Tre Cime di Lavaredo.

    Giro tahun lepas telah dimenangi oleh Jai Hindley, peserta dari Australia yang pertama pernah menang dalam perlumbaan ini. – AFP

    Gambar fail menunjukkan aksi penunggang Sepanyol, Mikel Landa dari Pasukan Movistar semasa Giro di Lambardia, 8 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...