Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rom pertingkat usaha atasi kemarau

    ROM – Menteri Alam Sekitar Itali menjelaskan bahawa kebanyakan syarikat pengurusan air bertungkus-lumus berusaha dalam memikirkan mengenai langkah untuk mengatasi masalah catuan sewaktu fenomena kemarau

    “Antara bandar utama di Itali yang dipercayai bakal terjejas oleh masalah air adalah Rome dan Acea dan ramai pihak telah bekerjasama bagi mengelakkan masalah kekurangan air,” jelas Menteri Alam Sekitar, Gian Luca Galletti,

    Beliau menjelaskan bahawa senario umpama tersebut adalah sesuatu yang sukar untuk diterima malah Galleti juga turut mendakwa bahawa masalah kebocoran air sehingga memberi kesan pengurangan air mencecah sehingga 40 peratus turut dianggap sebagai satu tindakan yang kurang bertanggungjawab kerana secara tidak langsung turut menjejaskan keseluruhan masyarakat.

    Minggu lalu, gabenor Lazio, sebuah rantau yang termasuk dalam lingkungan Rom telah mengeluarkan notis arahan untuk berhenti daripada terus mengambil sumber air dari Tasik Bracciano yang menjadi penyumbang kepada sekurang-kurangnya 8 peratus dari sumber air di Rom bagi mengelakkan ia terjejas oleh masalah kemarau yang melanda.

    Gabenor, Nicola Zingaretti telah mengarahkan masyarakat di Acea untuk mencari sumber air dari takungan air yang lain.

    Paras air rendah di kebanyakan kawasan di Itali bukan sahaja memberikan kesan buruk kepada masyarakat setempat bahkan turut menjejaskan kehidupan akuatik. – AP
    Paras air rendah di kebanyakan kawasan di Itali bukan sahaja memberikan kesan buruk kepada masyarakat setempat bahkan turut menjejaskan kehidupan akuatik. – AP

    Penurunan paras air yang drastik itu secara tidak langsung boleh menimbulkan risiko kepada kehidupan akuatik di tasik yang terletak 40 kilometer dari bandaraya itu.

    Ahli meterologi menjelaskan bahawa Itali mengalami masalah paras air terendah pada mata air dalam tempoh 60 tahun dan beberapa bahagian di negara itu pula mengalami jumlah hujan turun yang cukup rendah sehingga mencecah pada kadar 80 peratus dari biasa. Antara wilayah yang menghadapi kesan yang teruk adalah Sardinia, di mana apa yang dialami di wilayah itu boleh dianggap sebagai bencana alam.

    Pengurusan industri pertanian dan ladang ternakan, Coldiretti telah menggangarkan kerugian yang mencecah sehingga 2 bilion Euro setakat ini bagi hasil pertanian di Itali.

    Manakala, pengusaha ladang ternakan pula berhadapan dengan kekurangan jumlah penghasilan susu binatang ternakan yang dihasilkan.

    Antara pihak yang menerima kesan buruk dari fenomena ini adalah para petani yang meng-usahakan pertanian tomato di wilayah tenggara Puglia, pengusaha ladang anggur dan zaitun di beberapa kawasan di Itali di mana ia adalah antara tanaman yang popular di negara itu.

    Kelihatan kebanyakan kapal layar yang tidak dapat beroperasi di Tasik Braciano berikutan dari masalah air cetek kesan dari kemelut kemarau. – AP
    Kelihatan kebanyakan kapal layar yang tidak dapat beroperasi di Tasik Braciano berikutan dari masalah air cetek kesan dari kemelut kemarau. – AP
    Kadar jumlah hujan turun yang rendah secara tidak langsung menyumbang kepada kekurangan jumlah air di beberapa kawasan di bandaraya utama di Itali. – AP
    Kadar jumlah hujan turun yang rendah secara tidak langsung menyumbang kepada kekurangan jumlah air di beberapa kawasan di bandaraya utama di Itali. – AP

    Satu lagi kawasan yang turut terjejas adalah Parma, sebuah kawasan di utara Itali yang cukup terkenal dengan produk daging dan tenusu seperti keju Parmigiano Reggiano dan hirisan daging prosciutto yang memiliki nilai harga yang tinggi.

    Malah pada awal minggu ini, Vatican City juga telah memberhentikan sistem kitaran air pancuran berikutan daripada fenomena kemarau yang dialami di negara itu.

    Bahkan Rom yang memang terkenal dengan replika pancuran air di kebanyakan monumen yang menjadi tarikan utama kepada para pelancong juga turut berhadapan dengan masalah yang sama berikutan daripada fenomena tersebut.

    Rom hanya mengalami tempoh hari hujan selama 26 hari pada enam bulan pertama bagi tahun ini berbanding daripada 88 hari pada enam bulan pertama pada tahun 2016 di mana jumlah hujan pada tahun lalu adalah jauh lebih rendah sebanyak empat kali ganda berbanding pada tahun lalu.

    Lebih teruk lagi apabila terdapat beberapa saluran paip yang memberikan bekalan air di kawasan utama di Rom termasuk tarikan pelancongan yang menempatkan monumen bersejarah juga turut berhadapan dengan masalah paip bocor sekaligus ia turut meningkatkan jumlah pembaziran air dalam keadaan negara yang berhadapan dengan kemelut kemarau. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda