MILAN, 17 Dis – Roma bangkit untuk meraih kemenangan 3-2 ke atas Genoa bagi memberi ‘nafas’ kepada jurulatih Eusebio Di Francesco dalam aksi di Stadio Olimpico kelmarin.
Dengan keputusan semalam, rekod Roma tanpa meraih sebarang kemenangan bagi lima perlawanan berakhir dan melonjakkan skuad kendalian Di Francesco ke kedudukan keenam, dua mata di belakang AC Milan.
Dalam perlawanan awal, Napoli berjaya menewaskan Cagliari 1-0 di Sardinia untuk kembali merapatkan jurang dengan Juventus yang baru sahaja menewaskan Torino dengan jaringan yang sama pada Sabtu lalu.
Roma bangkit daripada permulaan aksi terburuk dalam suasana genting di hadapan 29,000 penyokong di Roma apabila para penyokong melancarkan bantahan senyap selama 10 minit awal bagi membantah strategi perpindahan dan pihak pengurusan kelab itu.
“Saya mengucapkan tahniah kepada pemain selepas mempamerkan aksi yang mantap dengan suasana luar biasa, bagi mereka, ia bukan mudah,” kata Di Francesco.

“Pasukan itu masih tidak bermaya tetapi saya nampak semangat dan ketekunan untuk membawa pulang tiga mata.”
Pasukan tuan rumah ketinggalan selepas penjaga gol Sweden Olsen gagal menampan kemas bola sekali gus membantu penyerang dari Poland Krzysztof Piatek menerjah gawang pada minit ke-17.
Piatek mencatat gol ke-12 pada musim ini bagi mengatasi Ronaldo dalam senarai penjaring terbanyak Serie A.
Tetapi gol Federico Fazio dan Justin Kluivert membantu Roma menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama dengan Bryan Cristante berjaya menjaringkan gol kemenangan.
Di Francesco dilaporkan akan dipecat jika pasukannya gagal mencatat kemenangan ketika menenang Genoa yang kini berada di kedudukan ke-16. – AFP