Saturday, February 22, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Roma ke kelompok 16 Liga Europa

    PARIS, 21 FEB – Paulo Dybala menjaringkan dua gol ketika Roma menewaskan Porto semalam untuk memastikan tempat dalam kelompok 16 terbaik Liga Europa.

    Penyerang Sepanyol, Samu Aghehowa, memberikan Porto kelebihan selepas keputusan seri 1-1 di Portugal minggu lalu, tetapi dua gol pantas daripada Dybala mengubah kedudukan memihak kepada naib juara 2023 itu.

    Porto terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemain tengah Kanada, Stephen Eustaquio, dilayangkan kad merah pada awal babak kedua dan Niccolo Pisilli menjaringkan gol ketiga yang terbukti menjadi penentu kemenangan untuk pasukan Claudio Ranieri.

    Devyne Rensch menjaringkan gol sendiri pada masa tambahan, tetapi Roma tetap mara dengan agregat 4-3.

    “Mempunyai pemain hebat seperti Dybala sangat membantu. Dia seorang pemain yang luar biasa; dia jarang mengeluarkan kata-kata, tetapi dia adalah seorang pemimpin dan sentiasa mengatakan perkara yang tepat,” kata Ranieri kepada Sky Sport.

    Roma akan berdepan sama ada Athletic Bilbao atau seteru setempat, Lazio, dalam pusingan seterusnya apabila undian untuk kelompok 16 terbaik yang akan diadakan pada Jumaat.

    “Kami mempunyai peluang besar di peringkat Eropah. Kejohanan ini boleh memberi kami sesuatu yang penting tahun ini,” kata Dybala. – AFP

    Aksi Paulo Dybala menjaringkan gol pertama pasukannya dalam perlawanan pusingan kalah mati play-off kedua Liga Europa UEFA antara AS Roma dan FC Porto di Stadium Olimpik, Rom, pada 20 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda