Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Roma menang selesa

    MILAN, 18 Feb – AS Roma mengembalikan rentak terbaik mereka dengan kemenangan 2-0 di Udinese semalam untuk melonjak ke tangga ketiga dalam persaingan Serie A ketika Inter Milan kembali berada dalam krisis dengan kekalahan 2-0 di Genoa.

    Inter dilihat sudah jauh meninggalkan persembahan hambar mereka dua bulan lalu dengan kemenangan 2-1 menentang Bologna tetapi kebangkitan tersebut hanya bertahan sementara apabila mereka mengalami kekalahan kali kelima berturut-turut di Genoa.

    Pasukan kendalian Luciano Spalletti, yang mengungguli Serie A dua bulan lalu dan belum pernah tewas sehingga 16 Disember, sekarang berada di tangga keempat dan mungkin jatuh ke tangga ke lima jika Lazio, yang tewas pada hujung minggu lalu kepada Genoa, menewaskan Verona esok.

    Cengiz Under dan Diego Perotti menjaringkan gol pada separuh masa kedua di Udine ketika Roma, dengan 50 mata daripada 25 perlawanan, melo0njak dua mata di depan Inter.

    Pendahulu Serie A, Napoli, yang mengutip 63 mata dan juara Juventus, ketinggalan satu mata di tangga kedua, akan beraksi pada hari ini.

    Cenzig Under dari Roma bersaing mendapatkan bola dengan pemain Udines dalam aksi Serie A di Stadium Friuli. – AP

    Pemain pertahanan Inter, Andrea Ranocchia menjaringkan gol sendiri bagi gol pertama Genoa pada akhir separuh masa pertama dengan bekas pemain penyerang Inter, Goran Pandev menjaringkan gol kedua.

    “Apabila anda ketinggalan pada akhir separuh masa pertama dengan keadaan seperti itu, ia bukanlah mudah, terutamanya pada tempoh ini, untuk mengembalikan keyakinan,” kata Spalletti.

    “Kami dalam keadaan goyah ketika ini dan ia menyukarkan kami untuk memberikan reaksi terhadap kekecewaan tersebut.

    “Kami perlu percaya dengan potensi, percaya boleh meletakkan kami kembali di kedudukan dan membolehkan kami untuk terus kekal bagi merebut tempat teratas.”

    Inter akan beraksi tanpa kapten pasukan yang mengalami kecederaan dan penjaring terbanyak, Mauro Icardi dengan Yann Karamoh, yang menjaringkan gol kemenangan menentang Bologna, bermula di samping Eder. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda