HARRISON, 26 Julai – Roma berjaya mengekang kebangkitan lewat Tottenham Hotspur bagi memberikan pasukan Liga Perdana itu kekalahan pertama mereka dalam pra musim ini dalam perlawanan tegang yang berakhir dengan kedudukan 3-2.
Terjahan dilakukan di seluruh padang dan pengurus Spurs, Mauricio Pochettino berang dengan pengadil perlawanan di separuh masa kedua, meskipun sebahagian besar kemarahannya mungkin ditujukan ke arah pemain-pemainnya, yang beraksi hambar di Red Bull Arena.
Diego Perotti telah memberikan pasukan Itali itu pendahuluan dengan penalti pada minit ke-12.
Pada minit ke-69, skuad Eusebio Di Francesco menggandakan pendahuluan mereka apabila hantaran lintang pemain gantian Kevin Vimmer menemui pemain tengah Turki, Cengiz Under, yang mana golnya kelihatan memastikan kemenangan itu.
Tetapi Harry Winks mengurangkan defisit pada minit ke-86, apabila dia membuat sentuhan dari jarak empat ela, dan apabila Vincent Janssen menjaringkan gol di masa kecederaan, pasukan Liga Perdana itu kelihatannya meraih keputusan seri, yang boleh membawa perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa itu ke penentuan sepakan penalti.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Marco Tumminello telah menjaringkan gol dramatik, sekali gus memadan kebangkitan pasukan London itu.
Di hari pemilik Spurs, Daniel Levy, menegaskan kekurangan aktiviti dalam perpindahan musim panas ini tidak kena mengena kerana akademi kelab berkembang, dengan pengurus Mauricio Pochettino menurunkan beberapa orang pemain muda.
Pertahanan tengah, Cameron Carter-Vickers, bek kiri Kyle Walker-Peters dan pemain tengah Josh Onomah semuanya bermula bagi skuad Spurs, yang tiba di New York dengan kemenangan 4-2 ke atas Paris Saint-Germain di Orlando.
Roma, yang tewas dalam perlawanan sebelumnya kepada Paris Saint-Germain menerusi penalti, menurunkan skuad yang kuat dengan dua bekas pemain Manchester City, Edin Dzeko dan Aleksandar Kolarov.
Roma kini berkunjung ke Boston bagi perlawanan terakhir Piala Juara-Juara Antarabangsa menentang pesaing Serie A, Juventus, sementara Tottenham ke Nashville bagi berhadapan dengan skuad Pep Guardiola, Manchester City. – AFP