Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Roma raih tempat ketiga Serie A

    MILAN, 20 FEB – Ola Solbakken memberi impak serta-merta pada penampilan sulung penuh dengan menjaringkan gol tunggal dalam kemenangan 1-0 kelmarin ke atas Verona yang melonjakkan pasukan Jose Mourinho ke tangga ketiga Serie A.

    Penyerang Norway, Solbakken hampir tidak beraksi sejak berpindah ke Roma pada Januari, tetapi rembatan rendahnya yang dibuat dengan baik pada akhir babak separuh masa pertama sudah cukup untuk memenangi perlawanan yang sengit itu.

    Mourinho sebelum perlawanan berkata bahawa dia terpaksa menurunkan Solbakken kerana Paulo Dybala dan Lorenzo Pellegrini perlu direhatkan sebagai persediaan untuk penentuan Liga Europa Khamis ini menenatang Salzburg.

    Pemain berusia 24 tahun itu memastikan bahawa Roma akan menamatkan hujung minggu di kedudukan Liga Juara-Juara, mengatasi juara AC Milan dengan perbezaan gol.

    Roma juga mendahului Lazio dengan dua mata, menyingkirkan saingan tempatan mereka daripada tempat Liga Juara-Juara selepas mereka mara seketika ke empat teratas berikutan kemenangan 2-0 di Salernitana yang diperoleh dengan dua gol Ciro Immobile.

    Kekalahan kedua sejak perubahan tahun menyebabkan Verona berada dalam kelompok tiga terbawah, dua mata di belakang Spezia yang ditewaskan 2-0 oleh Juventus. – AFP

    Reaksi Ola Solbakken (tengah) meraikannya jaringannya semasa perlawanan bola sepak Serie A Itali di stadium Olimpik di Rom. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...