Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Roma tersungkur di laman sendiri

    MILAN, 27 Ogos – Mauro Icardi telah menjaringkan dua gol di separuh masa kedua ketika Inter Milan menewaskan Roma 3-1 di Stadio Olimpico, memberikan mesej amaran kepada semua pesaing bahawa matlamat mereka untuk memenangi gelarna Serie A.

    Jaringan pembukaan Edin Dzeko, penjaring terbanyak Serie A musim lepas dengan 29 gol, telah menyaksikan penyokong mereka di Roma berlompat-lompat kegembiraan.

    Tetapi pasukan tuan rumah, bermain di bawah pengawasan pengarah baru kelab, Francesco Totti, dikejutkan dengan persembahan separuh masa kedua.

    Inter mengikut jejak langkah Juventus dalam menghasilkan kemenangan berturut-turut dalam permulaan musim ini dan berterima kasih kepada jurulatih baru mereka, Luciano Spalletti.

    Spalletti mengakhiri dua musimnya di Roma akhir musim lepas, apabila beban persaraan legenda kelab, Totti, dipersalahkan ke atasnya.

    Kapten Inter Milan, Mauro Icardi (9) berlari meraikan golnya ke atas Roma di Stadio Olimpico. Inter bangkit untuk menang 3-1 setelah ketinggalan di awal perlawanan. – AP

    Dia berpindah ke Inter dengan azam untuk memulakan kehidupan baru bersama pasukan Inter, yang menamatkan musim lepas di tangga ketujuh dan terlepas persaingan Eropah.

    Dan hanya dalam dua perlawanan, Spalletti telah memenangi kepercayaan Inter. Kemenangan ini, seminggu selepas kemenangan 3-0 San Siro ke atas Fiorentina, merupakan kemenangan pertama Inter di Olimpico sejak 2008.

    Spalletti kemudian berkata: “Roma bermain dengan sangat baik, mereka kurang bernasib baik hanya menggegarkan palang, tetapi kadangkala nasib menyebelahi pasukan yang mempunyai semangat untuk terus maju.

    “Kami juga membuat beberapa kesilapan, tetapi kami terus memberi tekanan dan tidak pernah berhenti menyerang dan akhirnya usaha kami berbalas.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda