Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Romania gantung jet pejuang era Soviet

    BUCHAREST, 15 APRIL – Romania sedang menggantung semua penerbangan jet pejuang era Soviet MiG-21 LanceR berikutan beberapa siri masalah dan nahas yang membawa maut pada bulan lalu, kata kementerian pertahanan hari ini.

    Pengumuman itu keluar sehari selepas tentera Romania melaporkan bahawa sebuah jet MiG-21 mengalami masalah dengan peralatan pendaratannya.

    “Tindakan diambil disebabkan beberapa kejadian dan kemalangan udara yang dilaporkan ketika menggunakan MiG-21 LanceR,” menurut kementerian.

    Pada 2 Mac, sebuah MiG-21 hilang dari radar ketika meronda berhampiran Laut Hitam. Ia ditemui terhempas dengan juruterbang terbunuh sejurus selepas itu.

    Sementara itu, sebuah helikopter IAR 330-Puma mencari jet tersebut terhempas dalam cuaca buruk, membunuh kesemua tujuh kru.

    ‘Kombinasi faktor manusia dan alam sekitar’ menyebabkan nahas, kata kementerian pertahanan dalam siasatan awal.

    Jumlah sebenar jet pejuang MiG-21 adalah rahsia. Anggaran tidak rasmi meletakkan jumlah pada 25 di Romania hari ini. Semasa rejim pemerintahan komunis, negara itu mempunyai kira-kira 400 MiG-21.

    Pengumuman hari ini meninggalkan anggota NATO bergantung pada skuadron jet F-16 yang dibeli baru-baru ini daripada Portugal serta misi pengawalan udara.

    Bucharest berkata ia telah ‘mempercepat’ usaha untuk membeli 32 jet F-16 tambahan dari Norway, menambah dua lagi skuadron kepada tentera udara negara. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...