Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran di Masjid Kampung Mentiri, Jalan Kota Batu, hari ini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar.