Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, telah mengadakan majlis bertadarus dan penyerahan sumbangan wakaf sempena bulan Ramadan di Masjid Kampung Serdang. Majlis diadakan untuk mengimarahkan dan menyemarakkan lagi bulan mulia dan mubarak ini, di samping mendapatkan keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah SWT.