Saturday, January 18, 2025
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan ketiga haji selamat pulang

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Seramai 252 orang jemaah haji Negara Brunei Darussalam telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi penerbangan ketiga, pagi tadi.

    Hadir mengalu-alukan ketibaan para jemaah haji ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan isteri; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan isteri; dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dan isteri.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan dan isteri; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Emad bin Abdul Aziz Al-Muhanna; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; dan ahli-ahli jemaah penasihat haji, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan KHEU serta pengarah-pengarah urusan syarikat pengendali pakej haji.

    Para jemaah haji yang tiba hari ini termasuk Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Perubatan dan Pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn Bhd.

    Bagi memberkati kepulangan jemaah haji, Doa Selamat dibacakan oleh Haji Kaharuddin bin Mohd Ali, daripada kalangan jemaah.

    Menteri-menteri kabinet semasa mengalu-alukan ketibaan jemaah haji bagi penerbangan ketiga di LTAB, kelmarin. – Gambar serahan KHEU
    Para jemaah haji menadah tangan semasa doa dibacakan. – Gambar serahan KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda