Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Rombongan KHEU berdikir di Masjid Kampung Penanjong

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Bagi menanamkan rasa kasih dan cinta terhadap Rasulullah SAW, rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Majlis Ihya Maulidur Rasul di Masjid Kampung Penanjong, Daerah Tutong, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

    Majlis berkenaan diadakan bagi memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang akan disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun.

    Menjelang sambutan itu, laungan dikir akan bergema selama 12 malam berturut-turut di kesemua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara yang telah bermula pada 1 Rabiulawal 1444.

    Dikir 12 malam berturut-turut bagi rombongan KHEU seterusnya akan mengunjungi Masjid Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong pada 3 Oktober.

    Haji Mohd Serudin hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...