Saturday, March 22, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan KHEU bertadarus di Kampung Batu Apoi

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    TEMBURONG, 21 MAC – Rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), kelmarin, meneruskan lagi majlis tadarus di Masjid Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan), KHEU, Haji Shamshol bin Haji Omar.

    Turut hadir ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Pejabat Ugama Daerah Temburong, KHEU, Awang Harris Hamdilah bin Haji Masri, pengarah-pengarah, para pegawai kanan dan kakitangan dari KHEU serta penduduk-penduduk kampung di sekitarnya.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin Haji Shamshol dan diikuti dengan tadabbur Al-Quran disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong, Awang Muhammad Syahmi bin Haji Zaini.

    Acara diteruskan dengan Tadarus Al-Quran dan disusuli dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong, Awang Mohammad Salehuddin bin Haji Suhaimi.

    Ini diikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Imam Masjid Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong, Awang Shamsuddin bin Haji Azahari.

    Bulan Ramadan merupakan bulan mulia yang memiliki keistimewaan tersendiri dan penuh keberkatan di mana umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan lagi amal ibadah, membaca Al-Quran, berdoa, dan melakukan amal kebajikan bagi meraih ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

    Sehubungan dengan itu, rombongan tadarus pegawai dan kakitangan KHEU akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid An-Na’im, Kampung Panchor Mengkubau pada 24 Mac jam 5 petang.

    Rombongan KHEU semasa meneruskan majlis tadarus di Masjid Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda