Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

Rombongan Masjid Kampung Batu Marang kunjungi Kampung Kiudang

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 30 Julai – Kira-kira 60 orang rombongan yang terdiri daripada ahli-ahli Takmir Masjid Kampung Batu Marang, Mukim Mentiri telah mengadakan lawatan ke beberapa tempat di Kampung Kiudang, pagi tadi.

Rombongan diketuai oleh Imam Masjid Kampung Batu Marang, Awang Saiful Rizal bin Haji Abdul Ghaffar telah dialu-alukan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Umarali bin Esung dan Ketua Kampung Kiudang, Haji Mohd Saiful bin Abdullah Anja selaku Pengerusi Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kiudang di Gerai Muafakat Kampung Kiudang

Sejurus diberikan taklimat dan penerangan mengenai MPK Kiudang, ahli rombongan yang terdiri daripada ahli-ahli Takmir Masjid Kampung Batu Marang, para Muslimah dan belia-beliawanis masjid berkenaan seterusnya mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat pemprosesan Teh Herba 3MPK.

Rombongan juga berkesempatan mendengar dan menyaksikan sendiri cara pemprosesan dan pembungkusan produk berkenaan melalui demonstrasi yang disampaikan oleh Biro Ekonomi MPK Kiudang, Haji Amran bin Haji Johari.

Rombongan ahli Takmir Masjid Kampung Batu Marang menyaksikan lebih dekat pemprosesan Teh Herba 3MPK.
Rombongan ahli Takmir Masjid Kampung Batu Marang menyaksikan lebih dekat pemprosesan Teh Herba 3MPK.
Haji Amran menerangkan mengenai pemprosesan Teh Herba 3MPK.
Haji Amran menerangkan mengenai pemprosesan Teh Herba 3MPK.

Rombongan seterusnya berpeluang melawat ke Galeri Ariffin di kampung tersebut bagi menyaksikan pameran dan produk kesenian kampung serta anugerah-anugerah yang diterima oleh MPK Kiudang di peringkat negara dan ASEAN.

Selain itu, rombongan juga berkesempatan melawat ke Badan Kebajikan Saudara-saudara Baru Kampung Kiudang Mungkom (BASKIM) di rumah Penasihat BASKIM, Yang Berhormat Haji Umarali yang berdekatan dengan Galeri Ariffin.

Adapun tujuan lawatan tersebut diadakan adalah bagi menyuntik semangat ahli-ahli takmir masjid yang juga merupakan ahli MPK Mentiri akan dapat menghasilkan produk mereka sendiri, dan seterusnya dapat memberi pengetahuan mendalam mengenai kegiatan ekonomi di kampung-kampung di Negara Brunei Darussalam.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -