Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rombongan pendidikan Brunei lawat Singapura

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Delegasi seramai 12 orang pelajar, seorang timbalan pengetua dan dua orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam (SMPIHM), Serasa, menyertai lawatan selama lima hari ke Sekolah Menengah Boon Lay, Republik Singapura bermula hari ini hingga 10 Mei.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan kata-kata nasihat kepada para peserta delegasi ialah Ketua Kluster 2 di Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Hajah Sarifah binti Haji Matsawali.

    Delegasi Negara Brunei Darussalam terdiri daripada pelajar Tahun 9 dan 10. Turut serta selaku ketua delegasi ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayang Siti Salmiah binti Awang Abas; dan dua orang guru pengiring iaitu Awang Ali Zainul Amsyar bin Haji Aliamat dan Dayang Nadiah Maimunah binti Khanafiah.

    Lawatan yang diselaraskan oleh Jabatan Sekolah-sekolah di bawah program Sekolah Berkembar Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura itu bermatlamat untuk mengukuhkan perhubungan peringkat sekolah menengah antara negara ini dan Republik Singapura serta menyediakan landasan untuk berkongsi maklumat, idea, pengalaman dan amalan terbaik dalam pembelajaran serta pengajaran.

    Pada masa yang sama, lawatan itu diharap dapat membuka minda para peserta mengenai keadaan pendidikan masa kini dan akan datang. Di samping itu, ia diharap akan dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk menambah pengetahuan dan meluaskan pengalaman mereka dengan keadaan pembelajaran sekolah menengah di Singapura.

    Hajah Sarifah bergambar ramai dengan delegasi SMPIHM yang menyertai program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SMPIHM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...