Sunday, May 4, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan pengantin menari atas lebuh raya, cetus kesesakan di Jerman

    FREIBURG, 4 MEI – Sekumpulan tetamu majlis perkahwinan yang menari di atas lebuh raya kini berdepan prosiding jenayah kerana mengganggu lalu lintas, menurut pihak polis pada kelmarin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Kumpulan itu yang menaiki empat buah kereta dilaporkan berhenti berhampiran Freiburg dan keluar dari kenderaan untuk menari, menyebabkan lalu lintas terhenti serta menimbulkan kemarahan pemandu lain yang segera menghubungi polis.

    Selepas kira-kira dua minit, mereka kembali ke dalam kenderaan masing-masing, namun kesemua mereka kini disiasat atas kesalahan mengganggu lalu lintas secara berbahaya, menurut kenyataan polis. – Bernama

    Envato

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda