Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan Singapura sertai solat Tarawih

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) semalam berada di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong bagi menunaikan sembahyang Fardu Isyak dan Sunat Tarawih serta Witir berjemaah.

    Ia antara lain bertujuan untuk sama-sama merebut ganjaran pahala berlipat ganda dengan mempertingkatkan amal ibadat bersempena bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini.

    Turut serta ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman serta isteri; dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad berserta isteri.

    Sembahyang Sunat Terawih diimamkan oleh mahasiswa Diploma Aliah Qiraat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Muhammad Bazli Ra’if bin Haji Zulkifli
    Sementara itu, awal pagi tadi, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) pagi tadi telah mengadakan Qiamullail dan seterusnya menunaikan sembahyang Fardu Subuh berjemaah di Masjid Az-Zakireen, Meragang. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan TYT Masagos Zulkifli berserta isteri masing-masing.

    Juga hadir pada kedua-dua majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Ketua Eksekutif, Majlis Ugama Islam Singapura, Kadir Maideen Mohamed; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di KHEU, Haji Misle bin Haji Abdul Karim; dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di KHEU, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh berserta isteri masing-masing dan para pegawai kanan KHEU.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan TYT Masagos Zulkifli menunaikan sembahyang Sunat Tarawih berjemaah di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda