Tuesday, October 1, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan S’pura tinjau pengajaran Jawi Sekolah YSHHB

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Seramai 18 mahasiswi Sarjana Muda Sastera dan pensyarah dari Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Singapura telah mengadakan lawatan ke Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah  (YSHHB) hari ini.

    Ketibaan rombongan di sekolah berkenaan telah dialu-alukan oleh Pemangku Ketua Eksekutif Sekolah YSHHB, Madam Chong Li Cheng, Pengetua Sekolah  Rendah, Hajah Mariam binti Haji Ladi, penolong Pengetua dan guru-guru kanan sekolah.

    Rombongan diketuai oleh Dr Sa’eda Buang dan disertai tiga lagi pensyarah iaitu Profesor Madya Dr Roksana Abdullah, Dr Kartini Anwar dan Ramlah Begam bte Abdul Hameed.

    Antara lain tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman autentik mengenai pembelajaran dan pengajaran Jawi di dalam bilik darjah di sekolah berkenaan serta untuk mempelajari contoh-contoh amalan baik dan strategi pengajaran untuk dijadikan panduan dalam usaha menyerbarluaskan penggunaan Jawi di Singapura.

    Terdahulu sebelum menghadiri sesi pencerapan di bilik darjah yang terpilih bagi sesi pembelajaran, rombongan telah berpeluang mendengarkan taklimat mengenai latar belakang sekolah dan pencapaian sekolah yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah Rendah & Taska YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi.

    Hajah Mariam menyampaikan taklimat kepada rombongan Singapura sebelum sesi pencerapan.
    Gambar ramai rombongan bersama Madam Chong Li Cheng dan Hajah Mariam. serta guru-guru.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda