Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Seramai 18 mahasiswi Sarjana Muda Sastera dan pensyarah dari Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Singapura telah mengadakan lawatan ke Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) hari ini. Ketibaan rombongan di sekolah berkenaan telah dialu-alukan oleh Pemangku Ketua Eksekutif Sekolah YSHHB, Madam