Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan SR Tutong Kem lawat Jabatan Penerangan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Seramai 28 orang pelajar Tahun 5 bersama empat orang guru dari Sekolah Rendah Tutong Kem telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

    Ketibaan rombongan diketuai oleh Pemangku Guru Besar, Dayang Hafidzahmuti binti Hai Zaini itu dialu-alukan oleh pegawai dan kakitangan jabatan. Sebelum meninjau sekitar jabatan berkenaan, rombongan mendengarkan penerangan mengenai fungsi dan peranan jabatan berkenaan yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Awang Mohammad Nurakram bin Norainio @Bahrin.

    Setelah itu, rombongan dibawa melawat Unit Fotografi, Bahagian Pelita Brunei, Pusat Rujukan Penerangan dan Bahagian Penerbitan dan Seni Grafik.

    Lawatan antara lain bertujuan untuk memberikan pengetahuan mengenai peranan fungsi dan mekanisme jabatan dalam memberigakan maklumat dan mengetahui impak sosial informasi dan media pada masa ini.

    Rombongan pelajar semasa menyaksikan bahan terbitan di Jabatan Penerangan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda