Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan umrah berlepas ke Arab Saudi

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 April – Seramai 27 orang jemaah yang mengikuti pakej Continental Yatching Sdn Bhd telah berlepas meninggalkan negara bagi menunaikan ibadah umrah, hari ini.

    Ahli keluarga, sahabat dan kenalan para jemaah turut sama berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada rombongan jemaah berkenaan yang akan berada di Arab Saudi selama 12 hari.

    Salah seorang jemaah, Kee Taufek Kee Harrith ketika ditemui pihak media menjelaskan rasa syukur dan teruja apabila berpeluang dan terpilih untuk mengerjakan ibadat umrah dan menjejakkan kaki ke kota suci Mekah dan Madinah buat pertama kali.

    Sementara itu, menurut salah seorang pegawai syarikat berkenaan, Dayang Haraini binti Jamil memberitahu bahawa terdapat tiga rombongan jemaah yang menyertai pakej berkenaan pada bulan ini, di mana rombongan ketiga nanti akan berlepas pada minggu depan dan mereka akan berpeluang merasai sendiri melaksanakan Rukun Islam ketiga di sana iaitu berpuasa di bulan Ramadan.

    Gambar ramai rombongan umrah sebelum berlepas ke Arab Saudi, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda