Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan universiti Syria kunjungi KUPU SB

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan – Untuk mengenal pasti peluang kerjasama di antara Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Al-Fatih Islamic Campus, Universiti Bilad Al-Sham, Damsyik, Syria, rombongan seramai tiga orang yang diketuai oleh rektor kampus berkenaan, Prof. Dr. Husameddin Farfour M. Salleh telah mengadakan lawatan muhibah ke KUPU SB, di sini, hari ini.

    Lawatan muhibah berkenaan adalah juga untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan serta mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program-program yang ditawarkan oleh KUPU SB.

    Dalam lawatan berkenaan, rombongan turut mendengarkan taklimat mengenai latar belakang KUPU SB dari sejak penubuhannya yang disampaikan oleh Pengarah Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam KUPU SB, Awang Mohd Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yussof.

    Rombongan dari Al-Fatih Islamic Campus, Universiti Bilad Al-Sham mendengarkan taklimat daripada pihak KUPU SB.
    Rombongan dari Al-Fatih Islamic Campus, Universiti Bilad Al-Sham mendengarkan taklimat daripada pihak KUPU SB.
    Warga KUPU SB bergambar ramai bersama rombongan dari universiti Syria.
    Warga KUPU SB bergambar ramai bersama rombongan dari universiti Syria.

    Sementara itu, dalam ucapan, Pemangku Timbalan Ra’es KUPU SB, Dr. Haji Abang Hadzmin bin Abang Haji Taha, melahirkan ucapan terima kasih atas lawatan rombongan daripada institut berkenaan dan berharap dengan adanya lawatan berkenaan ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak KUPU SB dengan pihak Institut Pendidikan Tinggi Damsyik.

    Rombongan berkenaan telah berada di Negara Brunei Darussalam sejak 21 Januari dan akan pulang ke tanah air pada 27 Januari ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda