Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan UTM lawat Kg Sungai Bunga

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Seramai 26 orang pensyarah dan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru telah mengadakan lawatan ke Pusat Aktiviti Pelancongan Seri Tanjung, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Bunga, hari ini.

    Lawatan rombongan yang diketuai oleh Pensyarah Kanan UTM, Dr Aminah binti Mohsin itu antara lain bertujuan memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai pentadbiran dan pembangunan tanah Negara Brunei Darussalam melalui perkongsian ilmu dan pengetahuan.

    Melalui lawatan ini juga, ia dapat menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan kaedah pembangunan Kampong Ayer.

    Semasa lawatan di pusat aktiviti Kampung Sungai Bunga, rombongan berpeluang melihat lebih dekat lagi demonstrasi pemprosesan dan pembuatan keropok udang, kuih sapit, putu mayam dan cara menumpah ambuyat.

    Lawatan rombongan UTM ke Kampung Sungai Bunga itu merupakan destinasi terakhir dalam siri lawatan Kampong Ayer.

    Rombongan UTM tidak melepaskan peluang mencuba membuat salah satu kuih tradisi Brunei. – GAMBAR SERAHAN MPK SUNGAI BUNGA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda