Oleh Daniel Lim
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Delegasi seramai 30 orang dari Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Brunei Darussalam telah berlepas semalam ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi menghadiri Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) ke-30.
Rombongan tersebut diketuai oleh Pemangku Presiden WI dan bekas Presiden Kawasan Asia Tengara dan ACWW, Hajah Shamsiah binti Abdul Latif.
Persidangan Triennial World ke-30 dianjurkan oleh Pertubuhan Perkumpulan Wanita Pahang yang juga merupakan ahli persatuan ACWW.Dengan tema ‘Kepelbagaian adalah Kekuatan Kami’, persidangan tersebut akan memberi tumpuan kepada isu-isu yang berkaitan dengan program untuk menyokong wanita dalam membangun kapasiti mereka.


