MILAN, 31 JAN – Romelu Lukaku berjaya menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk membantu Inter Milan melakar kemenangan 4-0 ke atas Benevento semalam sekali gus terus memberi tekanan kepada pendahulu Serie A, AC Milan.
Skuad Antonio Conte ketinggalan dua mata di belakang AC Milan yang telah berjaya menewaskan Bologna 2-1 pada perlawanan semalam.
Jaringan sendiri Riccardo Improta meletakkan tuan rumah di depan pada perlawanan yang berlangsung di San Siro. Lautaro Martinez menjaringkan gol kedua 12 minit selepas separuh masa kedua bermula sebelum Lukaku menambah dua lagi jaringan. – AFP