Rompakan barang kemas ragut 6 nyawa

LA PAZ, 14 Julai – Satu insiden tembak-menembak antara perompak bersenjata di sebuah kedai barang kemas dan polis di bandar Bolivia di Santa Cruz timur telah meragut enam nyawa dan lima lagi mengalami kecederaan kelmarin, kata agensi berita Bolivian (ABI).

Menurut laporan polis awal, empat penyerang, sebahagiannya membawa senjata, menawan beberapa pekerja dari kedai barang kemas EuroChronos untuk menggunakannya sebagai perisai manusia ketika mereka meninggalkan barang-barang yang dirompak itu.

Dalam kejadian tembak menembak dengan polis yang tiba di tempat kejadian, tiga penyerang terbunuh. Seorang lagi pekerja kedai dibunuh di dalam premis itu, walaupun keadaan kematiannya masih belum jelas.

Mangsa korban keenam adalah pengurus besar kedai perhiasan tersebut, Lorena Torrez, 30, yang meninggal dunia pada hari itu ketika dirawat di hospital akibat mengalami luka daripada kesan tembakan. Mereka yang cedera termasuk seorang pegawai polis, berada dalam keadaan stabil, kata ABI. ABI menyifatkan rompakan awal pagi ini sebagai yang paling ganas sejak 50 tahun lalu. – Xinhua